Wednesday, 9 November 2011

Cintamu Milik Si Dia??






hai kenkawan ku sume.....jom kite test jawab kuiz cinta ni...

leh tau kite ni dalm kategori yg mane ekk?..hehehe 









Berapa dalam rasa cintamu pada si dia tersayang? Adakah biasa-biasa,secubit cuma atau benar-benar cinta?Ada kalanya perlakuan tidak menggambarkan kebenaran.Justeru,perasaan cita itu dibiarkan berlalu tanpa sebarang tindakan yang memungkinkan kukuhnya sebuah ikatan.Analisis sikap dirimu dan sedalam mana cinta kamu padanya.Mungkin si dia sekadar teman bicara atau pelepas derita? Ingin tahu jawapannya? Jawab kuiz ni….


1-Perasaan kamu ketika pertama kali melihatnya?
(a)Berdebar-debar dan teruja
(b)Kagum padanya.

(c)Meluat.Tiada perasaan langsung.



2-Kali pertama kamu mendapat sms dari individu yang tidak kamu kenali.Kamu akan…….
(a)Terus menghubungi untuk mengetahui siapa penghantar misteri itu.
(b)Balas semula sms tersebut

(c)Buat selamba saja.



3-Pertama kali berjumpa dengan sidia yang selalu bersms dan berbual di telefon denganmu dan malangnya wajah si dia langsung tidak menarik.Kamu…….
(a)Jumpa dia dahulu,berbual dan makan-makan sekejap.Kemudian mint diri untuk pulang kerana ada perkara yang oerlu diselesaikan secepat mungkin.
(b)Acuh tak acuh berbual dengannya.

(c)Jumpa sidia dengan selambanya.Ajak jalan-jalan,tengok wayang dan makan-makan.Tetapi dalam hati anggap saja si dia itu kawan.Tak boleh lebih-lebih ya!
4-Kamu mahu membelikan hadiah untuk sidia yang kamu sukai.Sayangnya kamu belum bersua muka dengannya lagi.Kamu bimbang sekiranya si dia nanti tidak menepati cita rasa kamu.Agak-agaknya kamu akan…….
(a)Belikan saja.Kalau si dia tidak menepati cita rasa kamu pun,tak apa.Sebagai kawan.Tiada masalah.
(b) Takkan beli.Membazir saja.Manalah tahu si dia langsung tak menarik seperti yang difikirkan.Rugi saja pelaburan kamu!
(c)Minta pendapat dari teman-teman rapat.


5-Kamu keluar dating dengan kekasih barumu.Kebetulan kamu terserempak dengan seorang kawan baik dan memperkenalkan keksihmu pada si dia.Tanpa diduga sahabatmu itu ‘jatuh cinta’ pada kekasihmu.Tindakan kamu……

(a)Selepas saja temanmu mengaku perasaannya pada kekasihmu,kamu terus putuskan persahabatan.
(b)Kamu selidik betul-betul perasaan temanmu itu.Kalau betul si dia sudah berkenan dengan kekasihmu,kamu sanggup lepaskan kekasihmu dengan rela.
(c)Memburuk-burukkan kawan kamu itu dihadapan kekasihmu.


6-Kekasih kamu seorang yang sangat baik.Tapi sayangnya sidia tidak banyak duit dan wajah pun tidak sekacak mana.Apa yang kamu lakukan?

(a)Nasihatkan si dia untuk memperbaiki taraf hidupnya.
(b)Kerana sayang,kamu sanggup menampung hidupnya.
(c)Tinggalkan sidia,ada lagi lelaki lain yang suka pada kamu.Kacak dan berharta.


7-Kamu bakal menghadiri sebuah majlis dengan teman lelakimu.Tetapi sayangnya sidia datang dengan berbaju t-shirt dan berseluar jeans saja.Padahal kamu sudah mengingatkan sidia supaya bergaya hebat.Kamu….
(a)Tetap pergi tetapi wajah berubah masam sepanjang majlis berlangsung.
(b)Enggan pergi.Buat malu saja.

(c)Pergi.Nak malu kenapa?Teman lelaki kamu tetap tampan walaupun memakai t-shirt dan jeans.

MARKAH :-
1) a=5 b=2 c=1
2) a=5 b=3 c=1
3) a=1 b=2 c=4
4) a=5 b=1 c=2
5) a=1 b=5 c=1
6) a=5 b=2 c=1
7) a=2 b=1 c=4


JAWAPANNYA:

8-14:Pentingkan diri
Ternyata kamu seorang yang mementingkan diri sendiri! Kamu tidak tahu apa yang terbaik untuk dirimu.Kamu hanya pentingkan kesempurnaan dan tanpa kamu sedari kamu telah banyak melukakan hati sidia.



15-26:Baik hati
Kamu sederhana orangnya.Kadang-kadang,kamu suka menunjukkan apa yang kamu rasa.Dan sebaliknya kadang-kadang kamu selesa merahsiakan perasaanmu dari pengetahuan orang lain.Apa yang pasti,kamu memang seorang individu yang baik terutama di dalam percintaan.Kamu akan memberikan peluang kedua pada sidia jika ingin menambat hatimu semula.



27-40:Terlalu cinta
Tahniah kerana kamu merupakan kekasih yang penyayang dan sangat baik.Kamu miliki cirri-ciri yang mampu membuatkan orang ramai selesa denganmu.Jadi tidak hairanlah jika kamu menjadi kesayangan si buah hati.Ini kerana hatimu yang luhur dan suci terserlah pada wajah dan tingkah lakumu.Kamu juga tidak kisah dikecewakan tetapi bukanlah kekasih hatimu.Kamu tidak mahu melihat sidia tercinta terseksa di depan mata dan di saat kamu bergembira.Kamu sememangnya kekasih yang terbaik!!





sweet x???tp tggu kawen dlu tau.. =)


k0runk cuba la pulak...yang highlight tu jawapan aku dan keputusannya..selamt mencuba yarh... =)

No comments:

Post a Comment